<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6055861379981874236?origin\x3dhttp://ken-nerd.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sumthing that everybody will like it
Monday, May 10, 2010 11:41 PM

SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

Kajian Geografi Tempatan

Faktor-faktor dan Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Pusat Bandar Puchong

NAMA: Woo Wen Jian

TINGKATAN: 3A

GURU: Pn. Phang Yean Pheng





Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat

1.Penghargaan

2.Pendahuluan

3.Objektif Kajian

4.Kawasan Kajian

5.Kaedah Kajian

6.Hasil Kajian

7.Rumusan

8.Lampiran




Penghargaan

Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pihak-pihak yang telah menolong saya dalam melengkapkan projek ini.Mereka yang telah menolong saya termasuklah:

a) Guru Geografi saya,Puan Phang Yean Pheng yang telah menolong saya dalam semasa dalam kesusahan melengkapkan folio ini. Dia telah menegur kesalahan saya dan mengajar bagaimana menyebabkan folio saya lebih baik daripada sebelumnya.

b) Selain itu,ibu saya,Law Pik Fun dan bapa saya,Woo Yew Fatt yang banyak memberi sokongan kepada saya juga perlu diterimakasihi.Mereka telah membimbing saya dalam folio ini dan mengajar saya.

c) Saya juga tidak akan melupai 5 rakan-rakan saya iaitu Yong Foo Ken,Jason Tan Yie Jiat,Andrew Tan,Hoy Chun Wai dan Brendon Teo Chee Yee yang telah menghulurkan bantuan kepada saya seperti menegur kesalahan saya semasa membuat projek ini dan memberi idea bernas mereka tentang folio saya supaya dapat diperbaiki.





Pendahuluan

Saya, Woo Wen Jian pelajar Tingkatan 3 Azam telah memilih tajuk “Faktor-faktor dan Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Pusat Bandar Puchong”. Saya memilih Pusat Bandar Puchong sebagai kawasan kajian kerana saya tinggal di sekitar kawasan ini dan saya juga ingin mengetahui tentang faktor-faktor dan kesan migrasi yang telah berlaku di Pusat Bandar Puchong.Selain itu saya juga dapat mendapatkan maklumat dengan mudah.

Kami telah memberi tumpuan kepada aspek migrasi dalaman di Pusat Bandar Puchong dan telah menghuraikan faktor faktor dan kesan kepada alam sekitar. Jaraknya dengan rumah saya ialah kira-kira 2 kilometer.Saya diberikan 8 minggu ,dari 9 Mac hingga 9 Mei 2010 untuk melengkapkan folio ini.





Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:

a) menghuraikan konsep migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong

b) menyatakan dan menghuraikan pola migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong

c) Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalamn penduduk di Pusat Bandar Puchong

d) menjelaskan kesan-kesan migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong

e) memberi cadangan mengatasi kesan negatif migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong

Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan yang berbilang kaum.





Kawasan Kajian

(peta cari sendiri)

Kawasan kajian saya ialah Pusat Bandar Puchong.Pada 10 tahun lalu, penduduk Pusat Bandar Puchong adalah jarang.Sebelum kawasan ini dimajukan,kawasan ini merupakan ladang getah yang dinamakan Ladang Castlefield. Dari semasa ke semasa, penduduk Pusat Bandar Puchong semakin menambah.Kawasan ini kini terletak di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Pusat Bandar Puchong kira-kira 52000 hektar luas.Pusat Bandar Puchong mulai ditinggal oleh penduduk pada tahun 1997.Pada tahun tersebut sangat sedikit yang tinggal di Pusat Bandar Puchong kerana kawasan ini ialah kawasan perumahan yang baru.Seluruh tanah pamah Pusat Bandar Puchong dikembangkan oleh SP Setia.

Sekarang Pusat Bandar Puchong terdapat banyak kemudahan asas seperti bas (RapidKL) dan teksi-teksi. Di Pusat Bandar Puchong juga ada taman bunga yang besar untuk hiburan keluarga.Terdapat juga beberapa sekolah yang telah dibina di Pusat Bandar Puchong antaranya ialah SMK Pusat Bandar Puchong(1) dan SK Pusat Bandar Puchong(1) dan SK Pusat Bandar Puchong(2).Pusat Bandar Puchong terletak di Daerah Petaling di Puchong. Di sekeliling Pusat Bandar Puchong terdapat IOI Mall,Tesco,Giant dan pusat beli-belah yang lain.

Selain itu, jalan raya yang terdapat berdekatan di Pusat Bandar Puchong ialah LDP , Kesas Highway dan lain-lain.



tunjuk:

Kawasan Kajian Saya




Kaedah Kajian

Kaedah saya untuk menjalankan projek ini adalah seperti berikut:

i) Soal Selidik:Saya telah menyoalselidik 20 orang responden tentang faktor,kesan dan cadangan mengatasi kesan negatif migrasi dalaman di Pusat Bandar Puchong.

ii) Rujukan internet:Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang folio ini.Maklumat yang saya dapati dari internet ialah peta kawasan kajian saya dan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian saya.

iii) Rujukan Buku: Saya telah mendapat sebahagian maklumat dalam folio dari buku saya tentang konsep migrasi dan pola migrasi dalaman di Pusat Bandar Puchong.Saya juga mendapat maklumat tentang faktor-faktor yang menyebabkan migrasi dalaman berlaku.




(hasil Kajian)

8.1 Konsep Migrasi

Migrasi penduduk bermaksud perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal atau sementara.Terdapat dua jenis migrasi iaitu migrasi antarabangsa dan migrasi dalaman.Migrasi yang berlaku di kawasan kajian saya iaitu Pusat Bandar Puchong ialah migrasi dalaman.Migrasi dalaman bermaksud penghijrahan penduduk dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam sesebuah negara.

8.2 Pola Migrasi Penduduk di Pusat Bandar Puchong

Pola Migrasi ialah arah aliran perpindahan atau perhijrahan penduduk Terdapat 4 jenis pola migrasi,luar bandar ke luar bandar,luar bandar ke bandar,bandar ke bandar,bandar ke bandar.Namun,hanya 2 pola migrasi yang berlaku di Pusat Bandar Puchong.Pola-pola tersebut ialah luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar.Contoh pola migrasi luar bandar ke bandar ialah Lee Chun Sing berpindah dari FELDA di Pahang ke Petaling Jaya.FELDA merupakan kawasan luar bandar manakala Kuala Lumpur ialah kawasan bandar.Bagi pola migrasi bandar ke bandar,contohnya Chin Soon berpindah dari Batu Pahat di Johor ke Petaling Jaya,Selangor untuk bekerja.


8.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk di Pusat Bandar Puchong

Perpindahan atau penghijrahan sesebuah keluarga mestilah ada sebabnya.Antara faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong majoritinya ialah arahan daripada majikan.Faktor ini boleh dibahagikan kepada dua,arahan majikan syarikat swasta dan awam.Kebanyakannya ialah perpindahan rumah guru-guru yang ditukar sekolah mengajar oleh kerajaan.

Selain itu,kebanyakan orang juga berpindah kerana mengikut keluarga berhijrah ke Pusat Bandar Puchong.Bagi anak-anak yang kecil mereka terpaksa mengikut ibu bapa mereka berpindah ke Pusat Bandar Puchong manakala ada ibu bapa yang telah tua mengikut anak mereka berpindah supaya ada orang menjaga mereka.

Seterusnya,pelajar-pelajar dari universiti akan berpindah ke Pusat Bandar Puchong untuk melanjutkan pelajaran mereka. Hal ini disebabkan oleh Pusat Bandar Puchong dilengkapi dengan sekolah tidak kira sekolah rendah atau sekolah menengah.Tambahan pula,terdapat juga kolej yang terkenal berhampiran dengan Pusat Bandar Puchong seperti Binary College dan Sunway University College.

Di samping itu,sebahagian orang berhijrah ke Pusat Bandar Puchong untuk mencari peluang pekerjaan.Berhampiran dengan Pusat Bandar terdapat banyak kedai yang baru dibuka dan memerlukan banyak orang untuk menolong dan telah mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak. Pembinaan di Setia Walk telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kerana memerlukan banyak tenaga buruh. Selain itu, bangunan yang baru dibuka iaitu IOI Boulevard mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kerana kedai-kedai tersebut perlu pekerja.

Akhirnya,darjah ketersampaian yang tinggi menyebabkan banyak orang berpindah ke Pusat Bandar Puchong.Mereka senang ke tempat kerja mereka seperti di Shah Alam dan Putrajaya.Tambahan pula dengan pembinaan Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP),banyak lagi orang tertarik akan Pusat Bandar Puchong kerana senang pergi ke mana-mana.

8.4 Kesan-kesan Migrasi Dalaman

Kesan Positif

Migrasi dalaman penduduk di Pusat Bandar Puchong akan menimbulkan kesan-kesan. Kesan positif bagi migrasi dalaman penduduk ialah masyarakat akan menjadi majmuk kerana semakin banyak orang yang berbilang kaum berpindah ke Pusat Bandar Puchong.Dalam beberapa tahun Pusat Bandar Puchong telah ditinggal oleh masyarakat yang berbilang kaum.Tambahan pula,orang asing yang berhijrah dari negara mereka ke negara kita terutamanya orang buruh Philipina, Indonesia, dan lain-lain.

Selain itu, taraf hidup penduduk di Pusat Bandar Puchong akan meningkat kerana banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan pendapatan sebulan mereka yang amat tinggi.Ini akan mewujudkan taraf hidup penduduk yang tinggi.

Kesan Negatif

Migrasi dalaman penduduk juga akan menimbulkan kesan yang negatif seperti masalah sosial. Kebanyakan ibu bapa sibuk bekerja dan anak mereka diabaikan.Hal ini akan menyebakan anak-anak berkenal dengan rakan yang bersikap negatif.Lama kelamaan anak-anak ini akan terlibat dalam gejala sosial seperti merokok,melepak dan ponteng sekolah.Masa depan anak-anak akan dimusnahi.

Di samping itu,persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan akan berlaku kerana terdapat banyak pusat membeli-belah seperti TESCO dan IOI Mall.Terdapat banyak kedai yang menjual barang yang sama seperti TESCO dan GIANT akan ada persaingan.

Akhirnya,pencemaran udara akan berlaku kerana banyak penduduk akan meningkatkan bilangan kenderaan di Pusat Bandar Puchong.Penduduk di Pusat Bandar Puchong jarang-jarang berkongsi kereta dengan penduduk lain kerana kurang berinteraksi disebabkan oleh kerja mereka.Pencemaran yang serius akan menyebabkan masalah paru-paru dan sebagainya.


Cadangan mengatasi kesan negatif

Mewujudkan Rumah Tetangga

Penyatuan tanah

Mewujudkan peluang pekerjaan

Lain-lain

Bilangan orang

5

2

9

4

Jadual 8.1 Cadangan mengatasi kesan negatif

Cadangan untuk mengatasi kesan negatif di atas ialah dengan mewujudkan rumah tetangga.Rumah tetangga boleh mewujudkan masyarakat yang lebih bekerjasama dan masalah sosial dapat dikawal dan dikurangkan.Selain itu,peluang pekerjaan perlu diwujudkan supaya persaingan penduduk dapat dikurangkan.Peluang pekerjaan dapat mewujudkan pilihan yang banyak untuk penduduk. dan persaingan pekerjaan boleh dikurangkan.Akhirnya,penduduk boleh berkongsi kereta supaya kegunaan kereta harian dapat dikurang dan pencemaran udara dapat dikurangkan.Tambahan pula ini dapat menjimat wang bagi petrol yang harganya yang semakin meningkat.


• The world most special species
Teehee, Jianjian
Officially gonna be 16 on 11-1-2011
♥ Power Ranger
Hate euu, Ultraman n Superman.. U're SO FAKE!



Photobucket

• Stop Protesting,n join in


• Go dance like an elephant with them

3A.


Amanda. Annie. Adrea. Chi Jing. Eng Chuan. Elizabeth. Jia Li. Kar Waie. Kar Yen. Kai Li. Lawrence. Lee Nah. Nicholas. Phaik Yee. Wallace. Xin Nie. Xin Yi. Yan Yin. Yuki.

• Doremi-Fasolati-Do


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

• Opps.. i did it again
Template by MUAHAHAHAHA i ♥ deleting those credit